6:36 PM
Monday, January 2, 2012
Chuck testa
Pencemaran Air11:03 AM
Thursday, May 12, 2011
Beberapa hari yang lepas, saya telah menjalankan kajian persekitaran di suatu taman perumahan.
Terdapat pencemaran air berlaku di tempat tersebut, sampah dijumpai di merata-rata tempat. Pembuangan sisa-sisa najis dan sampah ke dalam parit merupakan punca-punca pencemaran tersebut.
(Botol-botol plastik dan kaca dicampak ke dalam air)
(Sampah dibuang ke dalam air)
Kejadian ini berlaku berpunca daripada sikap segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab, mereka membuang sampah sesuka hati ke dalam parit. Kesan daripada aktiviti yang tidak bermoral ini telah menimbulkan bau busuk di kawasan tersebut, ini dapat mengganggu ketenteraman orang awam.
(Sampah-sampah bertaburan tidak dihiraukan oleh penduduk)
Penduduk di taman ini juga tidak prihatin, mereka hanya menjaga kebersihan di kawasan utama yang menjadi tumpuan orang ramai sahaja tetapi tidak menjaga kebersihan parit di taman mereka.
(Kebersihan di kawasan utama dijaga rapi berbanding tempat lain)